1. Support & Help Centre
  2. Product FAQ - Digital Invite
  3. Tempahan & Proses Personalizing Kad Digital

Sponsor Pengantin Nikahsatu

Semua tentang Sponser Pengantin

a. Apa itu Sponser Pengantin dan bagaimana Sponser Pengantin dapat membantu saya? 

Sponser pengantin adalah salah satu platform dimana anda boleh menjimatkan lagi belanja kahwin dengan sumbangan dari saudara dan rakan-rakan atau dengan kata lain “Sponsor”. Fungsi Sponser Pengantin di Nikahsatu membolehkan saudara dan rakan-rakan memberikan sumbangan untuk anda membeli produk dan perkhidmatan persiapan majlis perkahwinan anda. 

Anda juga boleh mendapatkan bantuan dari Helpdesk kami jika terdapat sebarang soalan melalui telefon di talian +60178770182 (Eidira)

 

b. Bagaimana untuk membuat akaun Sponser Pengantin? 

Anda dikehendaki untuk mendaftar akaun Aliveinvite.com dahulu dengan mengklik butang ‘Sign-up’. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun Aliveinvite.com, anda boleh menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang sama untuk membuat Sponser Pengantin 

Seterusnya, anda klik tab Sponser Pengantin : 

  1. Klik butang ‘BUILD MY GIFT LIST NOW’ 

  2. Masukkan nama anda dan nama pasangan anda 

  3. Masukkan juga tarikh majlis perkahwinan anda 

  4. ‘Upload’ foto anda bersama tunang anda supaya tetamu anda lebih mengenali anda 

  5. Klik button ‘BUILD MY GIFT LIST’ > Success! 


c. Bagaimana untuk berkongsi Sponser Pengantin saya dengan keluarga dan rakan?

Ini adalah bahagian yang paling penting! Anda boleh berkongsi Sponser Pengantin anda dengan klik butang ‘SHARE’, anda boleh copy URL secara langsung dan mula sebarkan melalui media social seperti aplikasi Whatsapp, Telegram, Facebook dan lain-lain. Contoh URL ialah: https://aliveinvite.com/sponsorpengantin1


ADDING GIFT 


a. Bolehkah saya menguruskan akaun Sponser Pengantin saya? 

Anda boleh menggunakan aplikasi Aliveinvite.com dan pergi ke Dashboard anda untuk melihat produk, menambah hadiah, mengedit maklumat serta memasukkan gambar. Di dashboard anda boleh melihat berapa nilai amaun yang terkumpul untuk hadiah yang anda inginkan. 


b. Bagaimana saya boleh menambahkan hadiah ke akaun Sponser Pengantin saya? 

Anda boleh menambah hadiah anda dengan mengikuti cara ini; 

  1. Log-in ke akaun aliveinvite.com > klik My Dashboard 

  2. Klik tab Sponser Pengantin > klik button SHOW 

  3. Klik butang ‘ADD SPONSER ITEM’ 

  4. Anda boleh memilih hadiah mana yang anda inginkan 

Jika anda ingin membuat ‘Custom Pakej’ anda boleh hubungi Helpdesk kami.