Saya dah beli kad digital, tapi tiada butang RSVP. Macam mana ya?

Anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah untuk aktifkan fungsi RSVP


  a. Pergi ke aliveinvite.com > Login email anda > My Dashboard 

 

 b. Klik "RSVP Majlis Perkahwinan" > Isikan slot masa majlis anda


 

Isikan diruangan Slot Bermula, Slot Berakhir dan Entry Pax. Selepas isikan, hanya klik butang "Buat Slot Baru" dan ia akan auto-save pada kad digital anda. Anda boleh klik butang ini untuk tambah slot masa yang lain. 


Entry Pax ialah maksima berapa orang boleh hadir dalam slot tersebut. Maksima hanya 10 untuk sekarang. Sekadar info untuk anda, jika tetamu anda datang berpasangan, ia dikira 2 orang dan bukan 1.