RSVP: Kad Digital + RSVP for PkP

RSVP: Kad Digital + Covid Tracing

Bermula Jun 2020 selaras dengan SOP majlis perkahwinan yang ditetapkan oleh kerajaan, Nikahsatu hadirkan fungsi RSVP for PKP - Covid Tracing.

 

Table of Content: (klik untuk terus jump ke topik pilihan)

1. Frequently Asked Question (FAQs)

2. Contoh Kad Digital dengan fungsi RSVP

3. Cara aktifkan fungsi RSVP

4. Fungsi Check-in dan Check-out

5. Database Tetamu

6. Troubleshoot/Soalan

 

FAQs

Apa itu RSVP Covid Tracing?

Kad Digital anda akan ada butang "RSVP for PKP" dimana tetamu yang akan hadir nanti dapat mengisi slot masa, jumlah kehadiran dan informasi tentang mereka seperti nama penuh, IC dan suhu badan. Tetamu juga akan ada butang Check In dan Checkout. 


 Adakah saya perlu bayar untuk dapatkan fungsi ini?

Tidak. Semua kad digital hadir dengan fungsi RSVP for PKP ini. Anda hanya perlu aktifkan sahaja di Dashboard masing-masing. 

 

 Berapa harga kad digital kalau saya ingin gunakan fungsi ini?

Sekarang ialah masa terbaik untuk grab dahulu dengan 80% diskaun - RM10 sahaja. 


 

Boleh lihat contoh kad digital yang ada fungsi RSVP ni tak?

Yes boleh. Sila klik link dibawah untuk kad digital + RSVP for PKP >> https://aliveinvite.com/nikahsatu


 

Cara aktifkan fungsi RSVP


Anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah untuk aktifkan fungsi RSVP


  a. Pergi ke aliveinvite.com > Login email anda > My Dashboard 

 

 b. Klik "RSVP Majlis Perkahwinan" > Isikan slot masa majlis anda


Isikan diruangan Slot Bermula, Slot Berakhir dan Entry Pax. Selepas isikan, hanya klik butang "Buat Slot Baru" dan ia akan auto-save pada kad digital anda. Anda boleh klik butang ini untuk tambah slot masa yang lain. 


Tips:

Entry Pax ialah maksima berapa orang boleh hadir dalam slot tersebut. Tiada had maksima untuk tetamu dan anda boleh setting jumlah tetamu yang anda inginkan pada setiap slot melalui dashboard anda. Sekadar info untuk anda, jika tetamu anda datang berpasangan, ia dikira 2 orang dan bukan 1.

 

 

  c. Anda sebagai 'hos' kad digital ini boleh mempunyai akses untuk edit slot, delete slot dan view attendees anda.


 

Dengan ini, anda dah pun ada senarai tetamu kehadiran yang hadir dalam majlis anda. Anda juga boleh Klik butang DOWNLOAD di butang Lists untuk kegunaan di pintu depan majlis nanti. List ini akan dimuatnaik dalam bentuk PDF.

 

Tips:

Edit: Edit slot masa atau ubah entry pax

Delete: Delete slot masa tersebut (hanya jika slot itu kosong sahaja)

Lists: Anda boleh view attendees yang isi pada mana-mana slot. 


 

Fungsi Check In dan Check Out


Fungsi ini digunakan untuk tetamu anda semasa majlis nanti.


 a. Klik Cards > Klik Check-in

 

b. Button check-in akan download satu QR Code dimana anda boleh print dan letak dibahagian pintu depan majlis / tempat masuk majlis anda tujuan mengikuti SOP majlis. Contoh QR Code seperti dibawah


 

Untuk fungsi Check-in dan Check-out, tetamu boleh buat dengan 2 cara:

1. Terus ke kad digital dan klik butang Check-in untuk masuk majlis dan klik butang Check-out untuk pulang/habis slot masa mereka

2. Scan QR Code yang anda sudah print dan letakkan di pintu majlis. Scan QR Code untuk Check-in dan scan semula QR Code semasa Check-out.



Attendees Database

Anda sebagai 'hos' kad digital mempunyai akses penuh attendees didalam Dashboard aliveinvite.com. Pergi ke Dashboard > Cards > Guests



 

Lengkap dengan nama, suhu badan, ID, nombor telefon, masa dan tarikh dan check-in and check-out data.

 

 

 

Troubleshooting / FAQs

❓ Bagaimana kalau tiada database tetamu walaupun mereka sudah isi RSVP? 

- Jika anda alami masalah ini dimana dibahagian Guest kosong walaupun tetamu sudah isi, jangan risau kerana kami dapat bantu anda. Whatsapp Helpdesk kami dengan klik butang Whatsapp dibawah.

 

❓ Bagaimana kalau saya taknak RSVP ini?

- Jangan risau kerana semasa anda membeli kad digital, umumnya butang RSVP ini tiada selagi anda tidak aktifkan di "RSVP Majlis Perkahwinan". Jika anda tidak mahu RSVP ini boleh saja biarkan sahaja. 

 

❓ Bagaimana kalau saya nak limitkan 1 slot masa 200pax, kemudian bila tetamu ke-201 isi dislot pertama tidak boleh kerana sudah full?

- Good question! Jangan risau, semasa anda isi slot masa dan limitkan berapa pax, sistem akan detectkan terus jumlah guest yang sudah isi. Nanti dibahagian RSVP pada Kad Digital anda, ia akan tertulis "Full"

photo6190442174995343845

 

Gunakan fungsi RSVP Covid ini dan ikuti SOP majlis kahwin yang sudah ditetapkan. 

Sebarang masalah sila ke artikel berkaitan ini dengan search "RSVP COVID"


Sebarang masalah yang tidak dijawab didalam FAQ ini anda boleh email kami di hello@nikahsatu.com dan subject: Troubleshooting Kad Digital RSVP atau terus Whatsapp kami.