Fungsi Live Streaming

live-01

Fungsi Live Streaming ialah salah satu fungsi Premium dalam Kad Digital AliveInvite. Ada dua fungsi Premium dalam Kad Digital iaitu;

 

Table of Content (boleh klik untuk terus jump ke topik pilihan)
1. Apa itu Live Streaming?

2. Bagaimana ia berfungsi?

3. Cara aktifkan fungsi Premium ini

4. Cara gunakan fungsi Premium ini

5. Countdown LIVE

6. Troubleshooting/FAQs

 

Apa itu Live Streaming

Live Streaming membolehkan keluarga atau sahabat pengantin yang tidak dapat hadir ke majlis/jauh di perantauan untuk lihat majlis pengantin secara LIVE melalui Kad Digital yang pengantin beri di media sosial/aplikasi sosial seperti Whatsapp. Mereka yang menonton juga dapat LIVE Chat terus dari Live tersebut.

 

Selaras dengan PKP juga, penting untuk kehadiran tetamu dimajlis menepati SOP atau pengantin sendiri menyusunatur jumlah pax tetamu yang lebih limited. Jadi bagaimana keluarga/sahabat jauh nak tengok hari bahagia anda? Inilah fungsi Live Streaming.

 

Lihat contoh Kad Digital + fungsi Live Streaming ➡️ aliveinvite.com/nikahsatu

 

Bagaimana ia berfungsi?

1. Anda perlu aktifkan dahulu fungsi Live Streaming ini pada Kad Digital anda. Caranya boleh rujuk dibawah.

2. Kemudian anda perlu setupkan LIVE ini di akaun Youtube anda. 

3. Selepas memuatnaik LIVE, akan ada link yang anda boleh copy & paste didalam kad digital. Rujuk cara dibawah.

4. Selepas link sudah ada dalam kad digital, LIVE akan menjadi countdown. Semasa hari majlis, barulah keluarga/sahabat dapat tonton secara LIVE.

 

Bagusnya ada LIVE ini dimana anda boleh simpan memori ini di akaun Youtube sampai bila-bila. 

Cara aktifkan fungsi Premium Live Streaming ini

1. Pastikan anda ada kad digital AliveInvite dahulu. Jika belum, rujuk disini.

2. Pergi ke https://nikahsatu.com/products/digital-invite-premium/

live-02

3. Pilih pilihan Live Streaming / Combo (lebih jimat!)

4. Masukkan link kad digital anda, Add to Cart & Bayar.

5. Selesai pembayaran, team kami akan aktifkan fungsi ini didalam sistem & anda boleh gunakannya 😀

 

Cara Gunakan fungsi Premium ini

Jika anda menggunakan servis Live Streaming dari kami atau mengadakan majlis di Studio Nikah kami, team Live Streaming kami iaitu DigitalBoneTV akan setupkan semuanya. Anda hanya perlu aktfikan fungsi, masukkan link embed Youtube kedalam kad digital.

 

Jika tidak, anda boleh berurusan dengan jurugambar pilihan anda tentang fungsi Live Streaming ini dan bagaimana mereka boleh bantu untuk merealisasikannya. Atau, anda ada kenalan jurugambar yang mahir setupkan Youtube Live.

 

Jika isu ini sudah selesai, sekarang kami ajarkan bagaimana untuk dapatkan link embed Youtube dan masukkan kedalam kad digital. 

 

1. Pergi ke streamlab.com dan ikuti steps dalam Video dibawah:

Live Streaming Streamlabs ( Device Mobile )
Live Streaming Setup

2. Selepas berjaya hingga step terakhir, anda boleh muatnaik Live Streaming Video anda seperti biasa. Kemudian, anda perlu Copy Embed Link. Klik pada butang Share > klik Embed

EMBED

Akan anda coding yang panjang ini then copy sahaja kesemuanya.

Embed 2

3. Hubungi Helpdesk kami atau Client Support yang sudah assist tempahan anda & berikan Embed Link tersebut

4. Team akan pastekan didalam kad digital anda melalui sistem

5. DONE! Kini, tetamu anda yang dapat link kad digital dapat lihat bahawa di hari majlis anda nanti, akan ada LIVE streaming. Wow!

 

Countdown LIVE

Sebelum hari majlis anda, tetamu yang klik pada LIVE Stream anda, akan lihat ayat "Live in xx hours" beserta tarikh dan masa. Mereka boleh klik 'Set reminder' supaya tak terlepas lihat LIVE anda. Nice kan?

Troubleshooting/FAQs

 

❓ Bolehkah saya ingin LIVE di Instagram dan bukan Youtube?

Terpulang jika anda ingin LIVE di Instagram, Youtube atau kedua-duanya. Tetapi didalam kad digital, hanya boleh dari Youtube sahaja :)

 

❓ Kenapa perlu guna StreamLab? Tak boleh ke kalau saya nak guna terus dari Youtube je.

Sebenarnya boleh tetapi bermula August 2020, Youtube mengemaskini polisi mereka dan letakkan syarat untuk Youtube Live Streaming. Salah satunya anda perlu ada 1000 Subscribers di Youtube kemudian baru boleh Live seperti biasa.

 

Tetapi memandangkan tidak semua orang yang guna Live Streaming ini ada 1000 Subscribers, tidak menjadi masalah untuk Live di Youtube. Sebab itu kami menggunakan StreamLab, antara termudah untuk aktifkan Live di Youtube. (*Jika anda/pasangan anda mahir dalam hal ini & tahu mengenai ini, boleh saja teruskan dengan cara anda)

 

❓ Bolehkah saya ingin hire servis Nikahsatu untuk Livestream saya walaupun bukan dilokasi Nikahsatu cover?

Buat masa sekarang, LIVE Streaming Nikahsatu hanya ada di Kuantan & Klang Valley area sahaja. Tetapi, jika majlis anda 3 bulan keatas dari tarikh anda inquire, kami boleh bantu dan cuba merealisasikan impian anda. Jangan segan untuk Whatsapp Helpdesk kami.

 

❓ Bolehkah saya dapat softcopy LIVE Stream itu?

Yes boleh, jika anda menggunakan servis LIVE Stream Nikahsatu, kami akan berikan softcopy video tersebut

 

❓ Adakah LIVE Stream ini hanya valid untuk 1 jam sahaja?

Kalau mengikut servis LIVE Stream kami, 1 jam ialah masa yang optimum. Tetapi, di Youtube ini anda bebas untuk LIVE selama mana pun. Mungkin jika anda inginkan lebih dari 1 jam, anda boleh berurusan dengan jurugambar anda/person-in-charge yang setupkan LIVE anda.

 

❓ Selepas majlis tamat, saya masih boleh tengok LIVE Stream itu?

Betul. Sebab itu LIVE di Youtube ini mudah kerana ia disimpan di akaun Youtube anda sampai bila-bila.

 

❓ Kalau saya nak buang fungsi Live streaming ini pada kad digital boleh ke?

Maaf tidak boleh. Anda boleh pilih untuk tidak mengaktfikan fungsi ini jika tidak gunakannya tetapi, butang pada kad digital masih akan ada cuma ianya kosong. Apa-apa fungsi/butang dalam kad digital memang tidak boleh dibuang/hide.

 

❓ Saya ada soalan lain

Whatsapp Helpdesk kami dengan tekan butang dibawah. Atau, hubungi kami di DM Instagram. Mana-mana yang selesa untuk anda berkomunikasi

whatsapp us-01